Projek Belia MADANI (BiMA) ialah program pembangunan dan pangkalan data usahawan muda dalam kalangan pelajar, alumni, belia dan lepasan sekolah.
BiMA menghubungkan belia dengan mentor, akademia, agensi, peluang, pembiayaan, teknologi digital dan AI — daripada potensi kepada perniagaan.
Mandat Projek BiMA dibentangkan pada 13 Ogos 2025 dan diberikan kepada PERDASAMA untuk dilaksanakan segera serta dikoordinasikan bersama pihak berkepentingan.
BiMA membentuk minda keusahawanan, memudahkan latihan dan pembangunan produk, menyediakan bimbingan berterusan melalui mentor-mentee serta membina pangkalan data digital usahawan muda.
Pertukaran ilmu, latihan dan pembangunan produk untuk membina keupayaan belia.
Membentuk minda dan budaya keusahawanan dalam kalangan peserta.
Bimbingan berterusan melalui padanan mentor, latihan dan pemantauan prestasi.
Model perniagaan modal kecil, fleksibel dan disokong oleh pangkalan data digital.
BiMA menyokong agenda meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan, mencipta peluang pekerjaan baharu dan memperkasa agenda keusahawanan negara.
Jaringan penubuhan BiMA menyasarkan institusi pendidikan sebagai pintu masuk kepada pembangunan usahawan muda.
Jumlah sasaran: 408 institusi pendidikan.
BiMA menggabungkan pangkalan data Digital & AI, integrasi 65 agensi dan kementerian serta sokongan 5,000 usahawan aktif PERDASAMA sebagai mentor.
Model BiMA membina perjalanan berterusan daripada pendaftaran dan profiling sehingga pembangunan serta pengembangan perniagaan.
BiMA menyasarkan jaringan besar usahawan muda, mentor, institusi dan agensi untuk menghasilkan pekerjaan baharu dan ekonomi negara yang berkembang.
Gerakan ekonomi belia yang menggunakan budaya digital, social media, AI dan platform perniagaan untuk membawa belia daripada potensi → kemahiran → mentor → produk → perniagaan → pendapatan → scale-up .
Bersama mentor. Bersama akademia. Bersama teknologi. Bersama ekosistem BiMA.